“NATIONAL SCARF DAY ALL OVER THE WORLD”
Salam Sejahtera!
Salam Pengakap!
Seperti yang diketahui hari ini bersamaan dengan 1 August 2018 telah berlansungnya satu peristiwa di seluruh dunia dimana pada hari ini setiap ahli pengakap dari seluruh dunia akan memakai scarf kebangsaan Negara masing-masing. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk memakai scarf kebangsaan pengakap Malaysia. Saya memakainya di kampus dan kebanyakannya menanyakan kepada saya mengapa memakai scarf tersebut dan sedikit sebanyak memberi input serta pengetahuan tentang organisasi pengakap ini disertai oleh semua orang tidak kiralah kanak-kanak ataupun orang dewasa. Pada pendapat saya, tradisi ini sangat menarik serta mampu menarik minat masyarakat tentang pergerakan pengakap ini bukan sahaja terdiri dari pelajar sekolah tetapi disertai oleh semua peringkat umur sehingga dewasa. Bersempena dengan ‘scarf day’ ini juga saya melakukan satu aktiviti bersama rakan saya dengan mengekspresikan perasaan mereka dalam lukisan yang mereka tunjukkan. Aktiviti ini disertai sermai 25 orang pelajar dan dilakukan di dalam sebuah kelas yang bertempat di Kolej Felcra. Aktiviti banyak memberikan kesan kepada saya dan mereka dimana saya boleh meningkatkan tahap keberanian saya dalam menguruskan sesuatu aktivit walaupun ianya bukan aktiviti pengakap. Aktiviti ini memberikan kesan yang baik kepada mereka serta mereka juga amat seronok dalam melakukan aktiviti ini. Aktiviti ini bertujuan untuk memberanikan serta mentafsir setiap seorang pelajar tentang emosi mereka menggunakan kaedah seni.