‘Muzik Untuk Keamanan’ Pioneer MoP Programme

‘Muzik Untuk Keamanan’ Pioneer MoP Programme

Program Pioneer Messengers of Peace (MoP) Muzik Untuk Kemanan dilaksanakan sejurus tamat kursus koordinator MoP yang lepas bagi melaksanakan ‘test run programme’ di daerah Kinabatangan. Program ini menjurus ke arah aplikasi muzik dalam aktiviti. Di mana, ia membawa mesej yang jelas mengenai muzik untuk keamanan sejagat dalam masyarakat, negara dan seluruh dunia. Seramai 212 orang murid sebagai peserta, 8 orang guru dan 7 orang petugas Pengakap Kelana B Kinabatangan yang menjadikan jumlah penglibatan adalah seramai 227 orang. Pelaksanaan program ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jaya Baru yang mempunyai guru dan alat muzik yang mencukupi bagi keperluan program. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk menggalakkan para peserta menggunakan alat muzik dalam kehidupan seharian yang secara tidak langsung dapat menarik perhatian mereka terhadap dunia muzik. Dalam pada itu, muzik boleh menjadi perantara yang baik terhadap hubungan silaturahim antara para peserta dengan guru-guru di sekolah. Akhir sekali, program ini juga dijalankan sebagai perintis dan penanda aras terhadap program-program MoP yang akan datang. Menarikya, salah satu aktiviti program yang dijalankan adalah membunyikan irama menggunakan tin, epal dan nenas. Di mana, penggunaan alat yang lain selain alat muzik yang sebenar untuk membunyikan irama dapat memberikan pengalaman yang cukup bermakna kepada para peserta. Justeru, semua peserta diberikan peluang untuk mencuba pengalaman dan pengetahuan baharu dalam aktiviti yang dijalankan dalam program ini.
Started Ended
Number of participants
227
Service hours
1362
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Partnerships
SDGS

Share via

Share