Moh ke Sungai Kertas
Program fasilitator ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Gombak, Selangor.
Program ini hanya dijalankan sehari di SMK Sungai Kertas yang bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang.
Aktiviti yang dijalankan adalah berkawad, ikatan, masakan rimba, cabaran halangan dan
aktiviti bekerjasama. Kami wakil KLKM UIAM GOMBAK menjadi fasilitator untuk pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Hal ini untuk memperkenalkan asas pengakap kepada mereka.
Para pelajar berasa tertarik akan persatuan pengakap setelah program ini tamat dan mahu
menyertai pengakap pada masa akan datang.