Mesyuarat Penyelarasan World JOTA 2016
Mesyuarat penyelarasan 59th WOSM Jamboree on The Air (JOTA) telah diadakan di SMK KGV, Seremban. Mesyuarat dipengerusikan oleh Penyelaras Teknikal JOTA Negeri Sembilan, Tuan Khairul Nizam (Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri - Komunikasi & JOTA). Mesyuarat turut dihadiri oleh Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri). Perkara utama perbincangan ialah berkenaan perjalanan program JOTA serta tugasan teknikal yang akan dibantu oleh Kelab Radio Amator Negeri Sembilan (NESRAC).