MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI KLKM  DAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN NEGERI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA
Malaysia

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI KLKM DAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN NEGERI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA

Seramai 30 orang barisan kepimpinan pengakap Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Institusi Pengajian Tinggi telah menerima watikah pelantikan daripada YBhg.Mej. Jen. (B) Dato’ Prof. Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Majlis penyerahan watikah pelantikan Negeri KLKM telah diadakan pada 24 April 2016 di INTAN Wilayah Tengah, Jalan Elmu, Kuala Lumpur. YBhg.Mej. Jen. (B) Dato’ Prof. Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dalam ucapannya berkata ahli Pengakap patut berbangga kerana pengiktirafan Pengakap bukan sahaja di Malaysia tetapi menjangkau seluruh dunia. Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, George W. Bush, John F. Kennedy merupakan ahli Pengakap. Kofi Annan, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga merupakan ahli Pengakap. Bill Gates, pengasas Microsoft juga adalah Pengakap. Sebelas orang angkasawan yang menjejak kaki di bulan bersama Neil Armstrong juga ahli Pengakap. Justeru itu beliau berharap semua ahli Pengakap sentiasa berusaha memartabatkan diri agar lebih terkenal di peringkat dunia.
Started Ended
Number of participants
30
Service hours
26
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
SDGS

Share via

Share