Merdeka kah kita?

Merdeka kah kita?

Sambutan hari kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong telah selamat dijalankan pada 30 Ogos 2018 iaitu hari Khamis dan merupakan sehari sebelum hari kemerdekaan yang di sambut oleh seluruh rakyat Malaysia. Sambutan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh warga sekolah terutamanya kepada pelajar tentang sejarah kemerdekaan kita serta syukur kepada pahlawan tanah air yang telah berjuang bagi memerdekakan tanah air dari dijajah oleh British. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan seperti basikal berhias, pakaian berhias dan pertandingan mewarna dapat melahirkan individu yang lebih kreatif di samping dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sejurus itu, sambutan ini selamat dilaksanakan di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong. Penglibatan adalah dari semua warga SK Lembah Bidong iaitu 282 orang. Terdapat banyak manfaat yang diperoleh dari sambutan yang diadakan ini.
Number of participants
282
Service hours
1692
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
SDGS

Share via

Share