Membantu untuk membentangkan kebahagiaan

Membantu untuk membentangkan kebahagiaan

  Saya Sam Hoo Yan sebagai penolong setiausaha Pengakap SMJK CHONG HWA Kumpulan 01 Wangsa Maju telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan dalam Kem Buddha selama tujuh hari di bawah pimpinan Pn.Te Ah Theen, penyelaras Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia, pemimpin Troop & Adc Wangsa Maju. Selain itu, seramai 18 orang ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA turut menjalankan sumbangan komuniti dengan tetapan berikut : 

Tarikh : 1 Disember 2019 hingga 7 Disember 2019

Masa : 12 tengah hari hingga 12 tengah hari

Tempat : Canaan Valley , Taman Tasik Teratai , 48200 Serendah , Selangor , Malaysia

Peserta : 100 orang peserta penganut Agama Buddha dari China , Taiwan , Hong Kong , Singapura dan Malaysia

Jawatankuasa pelaksana : 20 jawatankuasa pelaksana kem dari Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia

                                          18 ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA Jalan Gombak Kuala Lumpur Malaysia , Kumpulan 01 Wangsa Maju

PPPM Kuala Lumpur

  Sepanjang perkhidmatan ini, saya dan ahli-ahli pengakap yang lain telah bekerjasama seperti pahat dengan penukul melaksanakan tugasan-tugasan yang diberi seperti pendaftaran, pelayan, pembantu dapur, pembersihan, persembahan malam kebudayaan dan sebagainya secara sukarela dan mesra sekali. Kami telah dipuji oleh guru-guru dan peserta-peserta penganut Agama Buddha yang berasal dari negara yang lain. Bukan sekadar begitu sahaja, kami juga telah mengenali dua orang mak cik dan seorang pak cik yang penyayang dan mesra sekali semasa berada di dapur. Hai ini demikian kerana terima kasih kepada mereka agar kami dapat memasak makanan yang enak sekali kepada peserta-peserta Kem Buddha ini. Akhir sekali, saya berasa sangat bangga dan gembira kerana dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang ekstrakurikuler dan mengenali Buddhisme dengan lebih dalam. Walaupun kuasa 18 orang ahli pengakap sangat terhad, selagi setiap orang mempunyai hati yang ikhlas, kami pasti boleh melakukan perkara dengan lebih baik. Saya juga berharap agar dapat menyumbang tenaga dan usaha untuk membantu orang lain pada masa hadapan. Sekian, terima kasih,

  

 

 

Started Ended
Number of participants
138
Service hours
5796
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile

Share via

Share