Membantu orang lain untuk mempertambahbaikan diri

Membantu orang lain untuk mempertambahbaikan diri

   Saya Tan Kai Jian sebagai timbalan pengerusi Pengakap SMJK CHONG HWA Kumpulan 01 Wangsa Maju telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan dalam Kem Buddha selama tujuh hari di bawah pimpinan Pn.Te Ah Theen, penyelaras Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia, pemimpin Troop & Adc Wangsa Maju. Selain itu, terdapat 18 orang ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA turut menjalankan sumbangan komuniti dengan tetapan berikut :

Tarikh : 1 Disember 2019 hingga 7 Disember 2019

Masa  : 12 tengah hari hingga 12 tengah hari

Tempat : Canaan Valley , Taman Tasik Teratai , 48200 Serendah , Selangor , Malaysia

Peserta : 100 orang peserta penganut Agama Buddha dari China , Taiwan , Hong Kong , Singapura dan Malaysia

Jawatankuasa pelaksana : 20 jawatankuasa pelaksana kem dari Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia 

                                              18 ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA Jalan Gombak Kuala Lumpur Malaysia , Kumpulan 01 Wangsa Maju

PPPM Kuala Lumpur.

  Sepanjang perkhidmatan ini, saya dan ahli-ahli pengakap lain telah bekerjasama bagai aur dengan tebing melaksanakan tugasan yang diberi seperti pendaftaran, pelayan, pembantu dapur, pembersihan, persembahan malam kebudayaan dan sebagainya secara sukarela dan mesra sekali.Kami telah dipuji oleh guru-guru dan peserta-peserta penganut Agama Buddha yang berasal dari negara lain.Bukan sekadar begini sahaja, saya juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan yang luar biasa melalui projek perkhidmatan ini.Guru pengiring kami yang baik hati telah meluangkan masa untuk menemai kami mendaki bukit. Akhir sekali, saya berasa gembira dapat mempelejari ilmu baharu dan membantu orang yang berasal daripada negara lain.Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Saya juga berharap agar dapat menyumbang tenaga dan usaha untuk membantu orang lain pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.    

Started Ended
Number of participants
138
Service hours
5796
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile

Share via

Share