MALAM KEBUDAYAAN KMK3A KLM17/IPGKTI
Pada malam kebudayaan pengakap yang dilaksanakan pada malam 20 hb (Jumaat), ahli-ahli pengakap diminta membuat persembahan lakonan yang bertajuk Hang Tuah Melamar Puteri Gunung Ledang. Setiap sekawan diberikan watak masing-masing. Setiap sekawan berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk membuat jalan cerita tersebut. Semua sekawan berkerjasama dan berlatih selama sejam setengah sebelum persembahan berlangsung. Persembahan juga diiringi dengan alunan muzik iaitu terdapat dua pemain gitar dan dua pemain kerincing. Persembahan dilaksanakan dengan baik dan menyeronokkan disamping memberi pengajaran kepada semua melalui cerita tersebut. Saya berasa sangat gembira dan semangat berpasukan dapat dipupuk melalui aktiviti ini.