Lawatan sambil belajar di Kampung Sungai Teraban

Lawatan sambil belajar di Kampung Sungai Teraban

BANDAR SERI BEGAWAN - Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) melalui Bahagian Pengakap Perempuan sekali lagi telah mengadakan siri ke-2 program lawatan sambil belajar ke Majlis Perundingan Kampung (MPK), Kampung Sungai Teraban, Daerah Belait bagi meninjau projek perekonomian kampung tersebut di bawah program Satu Kampung Satu Produk dan Program Kenali Negara Kitani (KNK). Program ini adalah lanjutan dari siri pertama lawatan yang telah dijalankan pada 26 April 2015 yang lalu ke MPK, Kampung Belimbing, Daerah Brunei Muara. Seramai 30 ahli pengakap yang menyertai program lawatan ini iaitu terdiri daripada ahli Pengakap Tunas, Pengakap Kelana, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Belait, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Ibu Pejabat, Pegawai Eksekutif Pengakap dan Pemimpin-Pemimpin Pengakap dari Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara dan Persatuan Pengakap Daerah Belait.

Turut menyertai lawatan ini ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap PPNBD, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau kegiatan penduduk kampung yang berhubung kait dengan ekonomi dan budaya sosial penduduk kampung. Selain itu juga, lawatan ini diharap dapat mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman ahli pengakap dan sekali gus mengeratkan silaturahim di antara kedua-dua pihak. Kehadiran rombongan PPNBD di Balai Raya Kampung Sungai Teraban disambut oleh Ketua Kampung Sungai Teraban, Awang Md. Mersidi bin Haji berserta Biro Wanita dan Biro Perekonomian MPK, Kampung Sungai Teraban. Ahli-ahli rombongan telah diberikan penerangan mengenai asal usul nama kampung serta kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk kampung. Produk utama yang dihasilkan oleh Biro Perekonomian Kampung ini adalah snek ikan, keropok ikan dan biskut. Penghasilan produk-produk ini dijalankan secara berkumpulan dalam kalangan ahli MPK sendiri.

Produk sampingan seperti dodol, kerepek pisang masin dan manis serta kraf tangan dijalankan secara berkumpulan. Ahli rombongan diberi peluang merasa sendiri produk yang dihasilkan dan berkesempatan membeli produk-produk yang telah dihasilkan. Harapan PPNBD dengan adanya program seperti ini akan dapat memberi pendedahan dan kefahaman mengenali kampung-kampung yang menghasilkan produk yang boleh mendatangkan sumber ekonomi kepada penduduknya khususnya menambah pengetahuan dan pengalaman kepada ahli-ahli pengakap dalam mengenali lebih dekat kampung-kampung yang mengeluarkan hasil dan menjana ekonomi kampung mereka. Pada siri lawatan ke-3, PPNBD akan melawat ke salah sebuah MPK di Daerah Temburong

Number of participants
50
Service hours
250
Location
Brunei Darussalam
Topics
Personal safety
Partnerships

Share via

Share