LARIAN KEAMANAN IPGKRM 2019
Pada 19 dan 20 September 2019, saya telah menggantung banner Larian Keamanan dalam kawasan IPG Kampus Raja Melewar dengan bantuan kawan-kawan saya. Hal ini penting supaya warga IPGKRM mengetahui tentang Program Larian Keamanan dan melibatkan diri dalam larian tersebut. Saya menghantar e-banner melalui Whatsapp untuk mempromosikan program ini kepada semua pelajar di IPGKRM. Saya turut menyediakan banting Larian Keamanan dan diletakkan di bilik gerakan untuk Majlis Perasmian Larian Keamanan. Dari segi persiapan padang, saya menyediakan laluan untuk larian dengan caution tape dan meletakkan arah tanda pada tempat yang tertentu melalui bantuan kawan-kawan saya di Padang B, IPG Kampus Raja Melewar. Hal ini penting untuk memastikan peserta melalui laluan yang telah ditetapkan untuk menamatkan larian tersebut. Saya turut menyembur cat putih pada lorong di garis penamat untuk mengkategorikan lorong kepada kategori IPGKRM, kategori jemputan dan kategori staf sokongan. Hal ini penting untuk memudahkan Ahli Jawatankuasa Hadiah untuk mengenal pasti pemenang untuk setiap kategori.
Saya telah menyertai Larian Keamanan di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar pada 21 September 2019. Program ini dirasmikan oleh YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia. Program ini disertai oleh 335 orang, iaitu pensyarah, staf sokongan, pelajar IPGKRM, pelajar IPG Ipoh, pelajar IPG Bahasa Antarabangsa dan pelajar IPG Pendidikan Islam. Saya menyertai larian ini untuk mengeratkan hubungan dengan kawan saya yang berlainan kaum dan latar belakang. Hal ini telah membawa makna aman dari segi hubungan dengan orang lain. Saya berharap semua kaum dapat menjalinkan silaturahim antara satu sama lain tanpa sebarang sikap prejudis. Program ini turut selaras dengan Hari Keamanan Sedunia. Saya berasa bangga kerana dapat menyertai larian yang bermakna ini dan saya berharap program ini dapat diadakan lagi.