Kursus Messengers of Peace - Local Coordinators Training
Kursus Messengers of Peace - Local Coordinators Training telah diadakan dari 3 hingga 6 Ogos 2016 bertempat di Starfresh AgroPark, Seremban. Kursus ini dihadiri oleh 35 koordinator Messenger of Peace dari negeri Pahang, Perak, Kedah, KLKM, KLM, Kelantan dan Negeri Sembilan. Semua peserta diberi penerangan dan pendedahan tentang apa itu inisiatif Messengers of Peace (MoP), bagaimana MoP dijalankan, memuatnaik bahan ke scout.org dan Facebook MoP Malaysia. Mereka telah diberi penerangan dan latihan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah dan berpengalaman dalam MoP dari ibupejabat APR, Filiphina dan WOSM KL.
Selain itu, peserta telah dibawah untuk latihan lapangan di Sek Men Teknik Tuanku Ja'afar yang disertai oleh seramai 200 pelajar termasuk pelajar dari Sek Men Keb Seri Ampangan. Latihan lapangan diadakan untuk membolehkan para peserta mempraktikkan dan menguruskan "roadshao" untuk mempromosikan MoP.
Diberi tanggungjawab menguruskan penginapan dan juga menjadi LO kepada jurulatih dari APR.