Korobori Johor Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor (Pasir Gudang)
Korobori Johor ini ialah merupakan perkhemahan korobori peringkat Negeri Johor bagi tahun 2017 di mana PPM Daerah Pasir Gudang menjadi tuan rumah bagi program ini. Korobori ini telah diadakan di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang selama 3 hari. Seramai lebih kurang 300 ahli PKK dari seluruh Negeri Johor telah menyertainya. Dalam Korobori kali ini, semua ahli PKK perlu menyelesaikan 21 aktiviti base station yang terdiri daripada asas kepengakapan dan permainan rakyat. Ahli PKK juga didedahkan dengan permainan layang-layang. Selain itu, Majlis Anugerah Rambu juga telah dijalankan semasa Korobori ini. Seramai 10 orang ahli PKK dan 2 orang pemimpin SKTJJ3 telah meyertai Koronori ini