Kem Kemahiran Kelana Sarawak Siri II
Pada tarikh 15 sehingga 17 Februari 2019 seramai 43 org ahli kelana negeri Sarawak telah menyertaikan Kem Kemahiran Kelana Sarawak Siri II bertempat di Ibupejabat Pengakap Sarawak, Kuching. Beberapa orang jurulatih dan penolong jurulatih turut membantu dalam kem ini termasuklah Tuan Elroy Bansi Gersit dan Tuan Hadiman. Kem selama 3 hari ini cukup mencabar fizikal dan mental peserta.
Peserta dibahagikan kepada 4 krew baharu, yakni dipisahkan dari krew asal masing masing. Hal ini demikian bagi melatih kemahiran peserta untuk bergaul sesama krew baru, tertukar-tukar ilmu dan bekerjasama dalam satu krew walaupun saling tidak mengenali.
Terdapat 4 tugasan yang perlu dilaksanakan, iaitu 3 tugasan berkumpulan dan 1 tugasan individu. Tugasan berkumpulan termasuklah model projek perintis, projek perintis bersaiz 10 kaki dan juga gajet-gajet wajib bagi penarafan BPA. Tugasan individu pula ialah mengikat 44 ikatan wajib dalam berpengakap dari lencana keahlian sehingga lencana kemahiran. Selain itu buku log juga wajib disiapkan dalam tempoh yang diberi oleh jurulatih.
Kem ini banyak memberi pendedahan awal kepada kelana bagaimana untuk menghadapi BPA kelak. Terima kasih diucapkan buat semua jurulatih yang bertanggungjawab dalam Kem Kemahiran Siri II.