Kem Kemahiran dan Pengetahuan Pengakap Zon 1

Kem Kemahiran dan Pengetahuan Pengakap Zon 1

Pada 11 Mei sehingga 13 Mei 2018 , 38 Orang murid daripada 5 buah sekolah iaitu SKK St. Anne , SK Pekan 2 , SMK Labuan, SM St Anne dan SMK mutiara mengikuti Perkhemahan Kemahiran dan Pengetahuan Pengakap Zon 1 bertempat di SMK Mutiara. Perkhemahan ini bermatlamat Membina potensi pelajar sebagai pemimpin dan melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam pelbagai bidang melalui berpengakap. Perkhemahan ini turut dibantu seramai 23 orang sukarelawan terdiri daripada Pemimpin Pengakap Negeri, Pelajar senior dan Ibu-bapa. Perkhemahan ini mendapat kerjasama Jurulatih daripada Persekutuan Pengakap Wilayah Persekutuan Labuan, Angkatan Pertahanan Malaysia dan Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Labuan.Di samping itu, penglibatan kumpulan sokongan ibu-bapa (KSIB) Persatuan Ibu-Bapa dan Guru SMK Mutiara semasa perkhemahan ini juga merupakan satu kerjasama yang baik untuk menyokong perkembangan anak-anak. Permuafakatan dan kerjasama erat dalam setiap aktiviti yang dijalankan menjadikan perkhemahan ini lancar tanpa sebarang masalah. Melalui aktiviti Sepanjang 3 hari 2 malam perkhemahan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti latihan kawad kaki mendidik peserta untuk berdisiplin. latihan membaca kompas dan peta dan Kursus Pertolongan Cemas, membina pioneering ,halangan komando, dan sukaneka mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan untuk peserta. Aktiviti malam Pengakap peserta diberi peluang untuk menunjukkan bakat dan keyakinan di atas pentas dan menunjukkan rasa hormat kepada skipper mereka. Sistem berpatrol atau berkumpulan turut dilaksanakan sepanjang program ini kerana setiap pengakap diberi peluang berintegrasi dan bekerjasama bersama rakan mereka dari pelbagai sekolah tanpa mengira agama dan bangsa. Pencapaian kumpulan turut diberi penghargaan seperti pertandingan persembahan dan kerjasama berkumpulan. Peserta juga diterapkan elemen Messenger of Peace, kerana melalui ahli-ahli Pengakap yang muda inilah nilai-nilai keamanan mudah dipupuk. Majlis penutupan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Daerah Zon 1 Skipper Han Siew Kwong, dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menamatkan perkhemahan dengan lulus ujian lencana kemahiran dan pengetahuan Pengakap. Beliau berharap, agar peserta meneruskan aktiviti dalam berpengakap untuk memajukan diri. Dalam perkhemahan ini, Peserta terbaik ialah Nur Izz Zahrina Jamhari dari SKK St. Anne, Ketua Patrol Terbaik (Pengakap Kanak-kanak) ialah Abbygail Hazel Anak Robert dari SK Pekan Dua, manakala Ketua patrol Terbaik (Pengakap Muda& Remaja) ialah Amaneina Syahirah Abd. Rahman dari SMK Labuan.
Started Ended
Number of participants
61
Service hours
549
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
SDGS

Share via

Share