KEM BUDDHA PERINGKAT ANTARABANGSA 2019
Saya Leong Kar Weng sebagai kuartermaster Pengakap SMJK CHONG HWA Kumpulan 01 Wangsa Maju telah memberikan perkhidmatan secara sukarela semasa berada di Kem Buddha peringkat antarabangsa selama tujuh hari yang dipimpin oleh Pn. Te Ah Theen , penyelaras Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia dan juga merupakan pemimpin Troop dan Adc Wangsa Maju. Seramai 18 orang ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA telah memberikan sumbangan kepada aktiviti istimewa tersebut dengan tetapan berikut:
Tarikh : 1 Disember 2019 hingga 7 Disember 2019
Masa : 12 tengah hari hingga 12 tengah hari
Tempat : Canaan Valley , Taman Tasik Teratai , 48200 Serendah , Selangor , Malaysia
Peserta : 100 peserta penganut Agama Buddha dari China , Taiwan , Hong Kong , Singapura dan Malaysia
Jawatankuasa pelaksana : 20 jawatankuasa pelaksana kem dari Persatuan Agama Buddha Zunti Kuala Lumpur Malaysia
18 ahli pengakap dari SMJK CHONG HWA Jalan Gombak Kuala Lumpur Malaysia, Kumpulan 01 Wangsa Maju PPPM Kuala Lumpur
Kami sebagai ahli pengakap SMJK CHONG HWA Kuala Lumpur telah bekerjasama menjalankan tugasan-tugasan seperti pendaftaran, pelayan, pembantu dapur, pembersihan , persembahan malam kebudayaan dan sebagainya dengan sukarela. Kami berpenuh semangat untuk menolong orang lain pada setiap masa selama Kem Buddha ini dijalankan. Kami dapat meringankan beban pelaksana-pelaksana kem ini dan dipuji oleh guru-guru dan peserta-peserta kem tersebut. Tambahan pula, kami dapat belajar tentang ajaran Buddha dan juga mengenali peserta-peserta, pekerja-pekerja dan pelaksana-pelaksana kem ini yang amat istimewa.Selain itu, kita juga mempunyai peluang untuk memperkenalkan budaya Malaysia kepada peserta-peserta kem dari negara lain. Sebagai kesan menyertai kem tersebut, kami dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain serta menambah baik semangat bekerjasama antara ahli pengakap. Projek ini telah kami laksana dengan cemerlang. Ahkirnya, saya berharap saya dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat bersama rakan-rakan pengakap saya supaya dapat tinggalkan impak yang positif kepada dunia kita.