Kem Bersepadu Kanak-Kanak 2017
Anjuran PPM Daerah Segambut menganjurkan Perkhemahan Bersepadu Kanak-kanak 2017 di SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Saya menjadi salah seorang Service Team iaitu sukarelawan dan menolong untuk melancarkan perkhemahan bersepadu ini.
Perkhemahan ini bertujuan untuk melayakkan Pengakap Kanak-kanak untuk mendapatkan lencana Keris Gangsa, Keris Perak dan Keris Emas. Perkhemahan ini juga dijalankan untuk menilai sama ada pemegang lencana Keris Emas layak atau tidak untuk menerima Rambu Pengakap Kanak-kanak.