Kasih Tersimpul : DWEN dan Selamat Hari Ibu
Malaysia

Kasih Tersimpul : DWEN dan Selamat Hari Ibu

Pada 24 Mei 2017 yang lulu, PKK Kumpulan 49 Daerah Kuala Pilah telah mengadakan Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Sambutan Hari Ibu bagi tahun 2017. Pelaksanaan program ini bertujuan memupuk nilai budaya, sikap, amalan saling menghormati dan menghargai serta menyayangi sesama insan. Rasional utama pelaksanaan program ini adalah : 1. menghargai jasa warga emas yang telah bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat 2. memberi pengalaman baru dan mendengar sendiri kehidupan warga tua dengan lebih dekat 3. menyatupadukan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang membolehkan dan membantu supaya warga emas hidup sejahteradan produktif kepada negara 4. membudayakan nilai, sikpa dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi semasa insan 5. memanfaatkan pergetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan ahli pengakap
Number of participants
40
Service hours
4
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share