JOTA-JOTI Menghubungkan Pengakap Sedunia
Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia, saya telah menyertai World Jamboree on the Air dan Jamboree on the Internet yang berpangkalan di SK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. Dengan menyertai JOTA-JOTI yang diadakan pada tahun ini, saya dapat berinteraksi bersama ahli Pengakap di negara lain.
JOTA-JOTI merupakan aktiviti pengakap terbesar di dunia dan saya amat berbangga dan rasa bertuah untuk merasai detik-detik menyertadi World JOTA-JOTI ini.
Di JOTA-JOTI juga, saya ada belajar Abjad Fonetik dan Morse Code yang merupakan mesej yang paling ringkas, mudah dan cepat untuk dihantar dalam bila-bila masa sahaja. Di sana juga, saya ada berjumpa dengan ramai wakil dari pejabat WOSM dan Penganjur JOTA-JOTI yang sudi bergambar dengan saya.