JOM BANTU RAKYAT 2017
Golongan berpendapatan rendah yang mendiami kawasan bandar terutama di flat dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) terus mendapat perhatian kerajaan dengan yang terbaharu program Jom Bantu Rakyat dilancarkan bagi membolehkan penghuninya menikmati suasana hidup lebih selesa dan sempurna.
Menerusi program berkenaan yang dirasmikan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kediaman golongan itu yang rosak atau daif akan dibaik pulih dan dicat semula, pintu dibaiki dan perabot baharu disediakan demi keselesaan penghuninya.
Menurut Perdana Menteri, program Jom Bantu Rakyat yang dimulakan di Parlimen Titiwangsa hari ini akan diperluaskan ke seluruh negara dalam usaha mendekatkan kerajaan dengan rakyat supaya mereka tidak ketinggalan memperoleh manfaat daripada segala program kerajaan.