Jom Bakar Lemang 3.0
Menjelang Aidilfitri, kehangatan meraikannya semakin terasa. Program tahunan Gabungan Kelana Terengganu untuk tahun yang ketiga iaitu membakar lemang bersama-sama. Lemang-lemang yang dibakar akan diagihkan kepada keluarga yang susah. Ini adalah salah satu usaha untuk berkongsi kegembiraan agar nikmat Syawal dapat dinikmati bersama.