Jambori Pengakap Negeri Kedah kali ke-5 dan Persaudaraan Antarabangsa Tahun 2017
Seramai 33 guru pelatih dari Instutut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim bersama pensyarah, Pn Eli telah menyertai jambori negeri Kedah Kali-5 dan persaudaraan antarabangsa. Kami semua merupakan petugas untuk pelbagai seksyen dalam jambori ini. Saya dan seorang rakan telah bertugas sebagai urus setia aktiviti yang menjaga stesen Kembara Tani. Sepanjang 5 hari ini, saya telah mengenali pengakap-pengakap yang dari negara lain dan memperolehi pelbagai pengetahuan. Saya berharap dapat menyertai jambori seperti ini lagi kerana ia memang bermakna dan berfaedah.