Jambori Pengakap Kedah Dan Persaudaraan Antarabangsa
Malaysia

Jambori Pengakap Kedah Dan Persaudaraan Antarabangsa

Jambori Pengakap Kedah ini telah diadakan di Kolej Pertanian Malaysia , Kampus Bukit Tangga , Bukit Kayu Hitam , Kedah Darul Aman . Sebanyak 4054 orang peserta yang menyertai jambori ini . Antara negara antarabangsa yang turut menyertai jambori ini ialah dari negara Indonesia iaitu Medan seramai 26 orang dan Acheh 7 orang . Selain itu , negara Thailand juga menghantar seramai 280 orang , Italy seorang , Amerika Syarikat 3 orang . Negeri negeri jemputan seperti Perlis , Perak , Kelantan , Terengganu , Pahang , Melaka , Negeri Sembilan , Selangor , Johor , Sabah , Kuala Lumpur , Pulau Pinang dan Sarawak juga turut serta dan jumlah peserta adalah seramai 1089 peserta . Negeri Kedah merupakan tuan rumah dan mencatatkan jumlah peserta yang paling ramai iaitu seramai 2703 orang .Kami telah berkhemah selama 5 hari 4 malam dan membuat pelbagai aktiviti dan khidmat masyarakat
Started Ended
Number of participants
4054
Service hours
37
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety

Share via

Share