Jambori Pengakap Antarabangsa Kuala Lumpur 2016
Malaysia

Jambori Pengakap Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Jambori Pengakap Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 dan Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 telah dijalankan dari 24 November hingga 2 Disember 2016. Kali ini, saya telah bertugas sebagai pensyarah pembimbing kepada barisan petugas dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa seramai 9 orang dan IPG Kampus Pendidikan Teknik seramai 30 orang. Bersyukur kerana akhirnya semua petugas telah menjalankan tugas dengan baik dan mendapat peluang untuk memberi sumbangan dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Semoga pengalaman ini telah memberi peluang kepada semua ahli pengakap IPG untuk berkenalan dan berpengakap dengan ahli-ahli pengakap dari seluruh negara dan juga luar negara. Tahniah dan jumpa lagi dalam program-program akan datang.
Started Ended
Number of participants
7000
Service hours
72
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety

Share via

Share