JAMBORI Di Udara (JOTA) Peringkat Kebanngsaan 2017 kali ke-6
Malaysia

JAMBORI Di Udara (JOTA) Peringkat Kebanngsaan 2017 kali ke-6

LAPORAN JAMBORI Di Udara (JOTA) Peringkat Kebanngsaan 2017 kali ke-6 PPM Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Persatuan Radio Amatur Melayu Semenanjung (ASTRA) menganjurkan Jambori di Udara pada 20 Mei 2017. Jambori pengakap ini diadakan di Sekolah Menengah Khir Johari , Sungai Petani , Kedah . Seramai 900 orang peserta yang terdiri daripada Pemimpin Pengakap, Pengakap Kanak-kanak Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana dan ahli ASTRA .Jambori ini turut dirasmikan oleh Tuan Badrul Hisham bin Abdullah (Pesuhjaya Program Negeri Kedah) .SMK Aman Jaya telah menghantar peserta seramai 40 orang peserta di bawah kepimpinan Cikgu Hashimah binti Jamil guru pembimbing dan pengiring Pengakap sekolah. Mereka juga telah berjaya mendapatkan sijil pernyertaan dan sijil pencapaian Jambori di Udara ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pengakap Malaysia secara lokal sebelum menyertai JOTA pada peringkat global. Ia juga diharapkan semoga dapat menjadi platform kepada pengakap untuk meminati hobi Radio Amatur yang tidak dapat dinafikan akan memberi manfaat besar dalam membina sahsiah diri dan pengetahuan setiap pengakap. Baik dari sudut kepengakapan, pembelajaran disekolah maupun kehidupan seharian. Jambori ini sekaligus dapat memberi pengalaman baru kepada peserta Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini. Diantaranya ialah aktiviti Messenger Of Peace, Pengenalan komunikasi Radio Amatur, Stesen JOTA 9MCHM (VHF-ASTRA Transnasional Linking, Simplex Frekuansi & HF) Semaphore Flag Signalling System, Morse Code, J-Code, Q-Code & Phonetic Alphabet. Oleh itu diharapkan kursus-kursus seperti ini dapat diadakan lagi bagi melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang meminati hobi Radio Amtur dan mempunyai hala tuju dalam setiap aktiviti yang diceburi.
Number of participants
900
Service hours
2700
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share