IKHLAS KAN HATI RINGANKAN TANGAN TINGKATKAN IMAN BERSAMA AMAN PALESTINE

IKHLAS KAN HATI RINGANKAN TANGAN TINGKATKAN IMAN BERSAMA AMAN PALESTINE

Kami dengan ikhlas hati meluangkan masa bersama pihak aman palestine membantu mereka dengan-kerja sukarelawan di Menara Telekom Malaysia,Kl.Tiba Sahaja kami di sana,kami berpecah kepada empat kumpulan di mana 3 kumpulan mengutip derma sempena "world syria hour" dan lagi satu kumpulan membantu kerja-kerja di dalam pusat kovensnyen.Kami mendapat hasil yang lumayan sepanjang pejalanan mengutip derma.Dengar khabarnya kami telah mendapat beberapa ribu ringgit dengan mengutip derma tersebut.Kumpulan mengutip derma yang telah berpecah kepada tiga telah pergi ke destinasi-destinasi berikut iaitu stesen LRT bangsar,NU sentral,sekitar tempat kerja bangsar dan kawasan perumahan yang berdekatan.Sebilangan daripada ahli mereka telah menggalas papan tanda sebagai tanda semangat melakukan kerja amal.Saya?.haaa..saya mendapat kumpulan yang keempat iaitu yang menguruskan bahagian dalam konvensyen.Di dalam itu mereka sedang membuat live di hypp tv.Kami telah membantu menyusun bantal duduk dan mengangkat meja-meja yang mereka gunakan untuk bersiaran lansung.Saya juga telah mengambil kesempatan untuk bergambar dengan maskot boboiboy dan ahli kumpulan Voice Of Colour(VOC).Selepas berakhirnya khidmat kami,kami diberi makan percuma iaitu nasi kotak yang dijual oleh streetvan yang terdapat di situ.Selepas itu kami bersalaman dengan pihak aman palestine lantas kami pulang.Sampai situ sahaja laporan saya terima kasih
Number of participants
23
Service hours
69
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share