HEBATNYA KEAMANAN DI LABUAN

HEBATNYA KEAMANAN DI LABUAN

Pada 28 sehingga 29 April 2018 yang lalu, Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Kursus Koordinator Mesenggers Of Peace (Mop).Seramai 24 pemimpin pengakap telah menghadiri kursus ini yang telah berlangsung di Sekolah Antarabangsa Labuan ( LIS ). Jurulatih kursus didatangkan khas dari Persekutuan Pengakap Malaysia diketuai oleh Dr Amir Hamzah Bin Aman, Tuan Adha Fikris dan Ms. Yee Ting.Ketiga-tiga jurulatih tersebut sangat komited dalam memberikan ceramah, penerangan, bimbingan serta motivasi kepada para peserta. Matlamat utama kursus ini mendidik semua peserta tentang peranan keamanan dalam semua perkara sekaligus menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai koordinator yang akan mempromosikan MoP ini kepada seluruh ahli-ahli pengakap di Wilayah Persekutuan Labuan. Pelbagai aktiviti dan jenis permainan, tepukan dan lagu-lagu Mop telah dipelajari termasuklan Tarian MoP versi Malaysia. Uniknya tarian ini mengabungkan elemen tarian Joget dan Inang yang popular di Malaysia.Tarian MoP ditarikan oleh semua ahli pengakap di seluruh dunia bagi menyampaikan masej keamanan sejagat. Diakhir kursus ini penceramah berharap peserta kursus dapat mengalakkan ahli pengakap Labuan mendaftarkan keahlian dan memuat naik laporan projek di dalam scout.org/WOSM serta menyebarkan masej keamanan kepada masyarakat di seluruh Pulau Labuan khususnya dan di Malaysia amnya. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Hormat Dato’ Seri Mohd Alias bin Abdul Rahman selaku Yang Di Pertua Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.Peserta kursus juga telah dianugerahkan Lencana MoP, Skarf MoP dan Sijil Pengiktirafan Koordinator yang disampaikan sendiri oleh Dato' Seri Mohd Alias Bin Abdul Rahman dan Dr. Amir Hamzah Bin Aman serta para tetamu jemputan.
Started Ended
Number of participants
27
Service hours
324
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
SDGS

Share via

Share