Hari Pengasas Pengakap (Founder's Day 2016)
Hari ini merupakan hari Pengasas Pengakap Sedunia, 22 February 2016. Sempena Hari Pengasas Pengakap Dunia (Founder's Day), kami ahli Pengakap KLM 21 mengedarkan gula-gula kepada semua warga IPG Kampus Sultan Abdul Halim sambil mengucapkan "Happy Founder's Day" kepada mereka. Kebanyakan mereka amat mengagumi usaha ini dan mengucapkan terima kasih. Di samping itu, ramai pensyarah yang memberikan pujian dan juga apresiasi kepada ahli Pengakap kerana mempunyai usaha mempergiat aktiviti Pengakap di dalam kampus. Mereka berharap agar aktiviti ini dijalankan pada setiap tahun agar dapat memperingati jasa pengasas persekutuan pengakap dunia iaitu Lord Baden Powell.