Hari Keamanan: Peraduan "The Face of Peace"
Satu peraduan alam maya telah diadakan sempena Hari Keamanan Sedunia. Tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk mempromosikan Hari Keamanan kepada ahli Pengakap daerah Batu Pahat serta menyebarkan maklumat tentang group Facebook: MoP Batu Pahat Official yang baharu ditubuhkan pada 16 September 2017. Peraduan berlangsung dari 17 September sehingga 21 September 2017. Penyertaan dibuka kepada semua ahli pengakap Batu Pahat. Peserta perlu muatnaik gambar bertemakan keamanan di group Facebook: MoP Batu Pahat Official. Gambar paling banyak meneima “like” dikira sebagai pemenang. Sambutan penyertaan amat memberangsangkan di mana mendapat sambutan penyertaan dari dalam dan luar daerah Batu Pahat. Sebanyak 16 penyertaan dihantar dalam peraduan ini. Peraduan tamat jam 11.59 pm, 21 September 2017. Pemenang tempat pertama menerima hamper, woggle MoP, piala dan sijil, tempat kedua menerima woggle MoP, piala dan sijil, tempat ketiga menerima piala dan sijil manakala tempat keempat dan kelima menerima sijil. Bagi menghargai penyertaan dari dalam dan luar daerah Batu Pahat, satu sijil penyertaan telah diberikan kepada setiap peserta.