Hakim Kelas Tercantik Kemerdekaan 2018
Bulan Kemerdekaan yang bertemakan "Sayangi Malaysiaku" pada kali ini memberi satu ruang dan peluang untuk saya jadikan sebagai kenangan kerana diamanahkan untuk menjadi Hakim Kelas Tercantik sempena kemerdekaan 2018. Kami ditugaskan untuk memeriksa kelas dari tahun 1 sehingga tahun 3 setiap kelas bagi mengumumkan kelas yang tercantik semasa Majlis Penutup Kemerdekaan. Ramai murid yang telah menghiasi kelas mereka dengan bendera Malaysia. Satu pengalaman yang mengujakan!