Fenomena keamanan di bandaraya

Fenomena keamanan di bandaraya

Selepas mencetus fenomena di Jambori Asean ke-5, Terengganu, sekali lagi pasukan MoP telah mencetuskan fenomena keamanan di Jambori Malaysia ke-13/Jambori Kuala Lumpur 2016. Seramai 30 orang petugas telah bertugas di booth Messenger of Peace untuk terus mempromosikan inisiatif Messenger of Peace. Hampir 1200 orang peserta jambori telah mengunjungi booth MoP dan melakukan pelbagai aktiviti yang telah disediakan. Petugas kaunter pendaftaran sibuk mendaftar peserta ke scout.org dan FB MoP Malaysia. Dalam menguji komunikasi dan kerjasama, peserta akan melakukan aktiviti "Networking" secara berkumpulan. Bagi menguji kreativiti minda peserta pula, permainan "Dice" dijalankan. Untuk menyemarakkan semangat bekerjasama, tarian Alele telah diajar kepada para peserta. Last but not least, para pengunjung menunjukkan bakat tarian joget mereka melalui tarian MoP versi Malaysia. Selain itu juga, mereka yang telah mencapai jumlah jam servis 100 jam telah mendapatkan skaf dan lencana MoP di booth MoP. Ini membuktikan ramai ahli pengakap yang telah mula mengetahui tentang insiatif MoP dan teruja untuk terus memuat-naik penceritaan mereka di laman web scout.org.
Started Ended
Number of participants
1237
Service hours
25977
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety
Legacy BWF
Partnerships

Share via

Share