FACE SHIELDS AVENGERS FOR COVID-19 WAR
Pada 25 Mac 2020,saya bersama-sama 19 ahli Pasukan Pengakap Kelana B Blackflurry Pasir Mas yang diketuai oleh PUAN NOR AZLIN BINTI MAT NOR telah memulakan satu projek yang dapat memudahkan dan membantu barisan hadapan sekali gus dapat menyelamat mangsa-mangsa covid-19 iaitu projek FACE SHIELD HEROES.Kami telah menyiapkan dan menghantar sebanyak 10,637 unit face shield kepada 24 lokasi saringan dan rawatan covid-19.Face Shield ini diperlukan oleh barisan hadapan seperti jururawat,doktor,tentera,polis,bomba dan lain-lain untuk kegunaan merawat atau menyelamat mangsa-mangsa covid-19.Alhamdulillah,target projek kami telah capai pada fasa pertama lagi.Pasukan kami terbahagi kepada dua kategori iaitu ada segelintir daripada kami melakukan dirumah seperti saya.Hal ini demikian kerana,saya juga ingin menolong barisan hadapan dengan membuat perisai muka ini dirumah masing-masing ini juga kerana saya mempertimbangkan kata-kata perdana menteri kita supaya duduk dirumah dan mengetatkan perintah kawalan pergerakan.Dengan ini,keluarga saya bersetuju dan memberi dorongan kepada saya dan kakak saya untuk membantu barisan hadapan dari rumah.Bahan-bahan pembuatan Face Shield kami didapati daripada pengasas kelana B Blackflury kami.Tidak lupa juga semasa projek ini dimulakan kami semua bertungkus lumus menggunakan media terkini untuk mencari sumbangan bagi mengadakan bahan-bahan pembuatan face shield tersebut.Kami bukan sahaja menerima sumbangan kewangan tetapi kami juga menerima sumbangan dari segi bahan pembuatan tersebut.Sebagai contoh,span,tali,plastik cover bersaiz A4,hot glue gun dan lain-lain.