FACE SHIELD FOR FIGHT OUTBREAK
Projek perisai muka ini adalah satu inisiatif dari Krew Pasukan Pengakap Kelana B - Blackflurry Pasir Mas iaitu Face Shield Heroes sebagai barisan belakang dalam membantu barisan hadapan dengan mempersiapkan kelengkapan untuk menangani wabak COVID-19.
Kami terpanggil untuk membuat perisai muka ini setelah terbaca perkongsian di Facebook dimana barisan hadapan terpaksa membuat sendiri perisai muka dan ada juga terpaksa menggunakan perisai muka yang sama berkali-kali untuk berdepan dengan suspek COVID-19.
Seramai 20 orang Krew Pasukan Pengakap Kelana B-Blackflurry Pasir Mas yang terdiri daripada 17 orang Krew Kelana, 1 orang Pemimpin dan 2 orang Penolong Pemimpin terlibat dalam projek perisai muka ini. Target kami untuk projek ini adalah sebanyak 10,000 unit perisai muka.
Kami memulakan proses pembuatan perisai muka ini pada 25 Mac 2020 sehingga 10 April 2020 sepanjang 2 fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia, kami terpaksa akur dengan membahagikan kepada dua kelompok iaitu 10 orang membuat di rumah masing-masing dan 10 orang lagi membuat di rumah Pemimpin kami. Sebelum memulakan kerja-kerja pembuatan perisai muka pemimpin dan penolong pemimpin akan agihkan bahan-bahan untuk Krew Kelana buat dari rumah.
Krew Kelana juga dikehendaki mematuhi piawaian yang telah ditetapkan iaitu Standard Operating Procedure (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang melaksanakan projek ini, dimana kami perlu menjaga kebersihan dengan menggunakkan pembasmi kuman sebelum memulakan operasi serta menjaga penjarak sosial.
Berikut adalah lokasi yang telah diagihkan :-
Hospital Tentera Petaling Jaya (100 unit)
Hospital Raja Perempuan Zainab II (1000 unit)
Hospital Universiti Sains Malaysia (200 unit)
Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai (2000 unit)
Hospital Tumpat (1208 unit)
Hospital Lati (1159 unit)
Hospital Jeli (232 unit)
Hospital Gua Musang (513 unit)
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highland (1112 unit)
Kota Bharu Medical Centre (105 unit)
Klinik Kesihatan Bachok (250 unit)
Klinik Kesihatan Chiku 3 Gua Musang (112 unit)
Klinik Kesihatan Meranti (160 unit)
Klinik Kesihatan Kuala Balah (221 unit)
Klinik Kesihatan Rantau Panjang (300 unit)
Kilinik Kesihatan Perol (160 unit )
Klinik Kesihatan Kota Jembal (130 unit)
Pusat Kuarantin KKTM (290 unit)
Pusat Kuarantin IPG Kota Bharu (209 unit)
Pusat Kuarantin Maeps Serdang (519 unit)
Kolej Vokasional Pasir Mas (300 unit)
Kolej Komuniti Bachok (250 unit)
RHB Bank (143 unit)
Jumlah penyerahan : 10,637 Unit
Untuk makluman pada awalnya kami sasarkan sebanyak 1,000 unit , selepas itu dinaikkan sasaran kami sedikit menjadi 10.000 unit namun pada 10 April 2020, kami berjaya menghasilkan sebanyak 10, 637 unit dan telah diagihkan kepada barisan hadapan negara. Maka dengan ini tamatlah fasa pertama projek ini di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari fasa pertama sehingga fasa kedua.