Eyeball dan Perbincangan Teknikal WOSM JOTA 2016
Satu perjumpaan bersama Kelab Radio Amator Negeri Sembilan (NESRAC) telah diadakan untuk membincangkan perjalanan dan keperluan teknikal bagi program 59th WOSM Jamboree on The Air (JOTA). Perbincangan dihadiri hampir semua sukarelawan NESRAC yang akan bertugas di JOTA PPM Negeri Sembilan. Ianya turut dihadiri oleh Presiden Nesrac, Datuk Helmy Jaafar (9W2GHJ) dan En. Nasim (9M2NJ) dari SKMM.
Selain itu, penyampaian cenderahati dari PPM Negeri Sembilan kepada NESRAC juga diadakan sebagai penghargaan atas kerjasama dan bantuan teknikal untuk JOTA MALAYSIA yang berlangsung pada 6 Ogos 2016.