Easy PEACEY - Messenger of Peace
Pasukan pengakap Institut Pendidikan Guru Malaysia (KLM) menjalankan satu kursus kejurulatihan Messenger of Peace (MoP) buat julung kalinya bagi ahli pengakap IPG. Kursus Kejurulatihan MoP ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengetahuan ahli pengakap mengenai MoP dan melahirkan jurulatih-jurulatih yang berwibawa dan berdedikasi. Selain itu, kursus ini bertujuan untuk mengelakkan ahli pengakap daripada menyebarkan ajaran sesat berkaitan dengan MoP.
Kursus Kejurulatihan MoP disertai oleh lima buah IPG se-Malaysia iaitu IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG Kampus Batu Lintang, IPG Kampus Raja Melewar dan IPG Kampus Perlis. Jumlah keseluruhan ahli pengakap adalah seramai 36 orang. Kursus ini diberikan oleh Encik Amir.
Kursus Kejurulatihan Mop dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa yang bertempat di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Malaysia. Kursus ini berlansung selama tiga hari dua malam bermula dari 21/11/2018 (Rabu) hingga 23/11/2018 (Jumaat). Antara objektif kursus ini adalah sebagai pengenalan kepada Messenger of Peace (MoP) Malaysia, mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran, mengenal pasti peranan dan tanggungjawab dan sebagainya. Seterusnya, kursus ini juga merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli pengakap.
"Easy Peacy" melambangkan bagaimana kursus ini berlansung. Kursus ini membuktikan bahawa untuk menyebarkan keamanan itu mudah dan boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Ahli pengakap bukan sahaja mendengar input, malah melontarkan soalan-soalan yang bernas berkaitan dengan Messenger of Peace.