CORONA VIRUS FACE SHIELD
Malaysia

CORONA VIRUS FACE SHIELD

Bermula 25 Mac 2020 ,saya dan Pasukan Pengakap Kelana Blackflurry Rovers crew seramai 19 orang yang diketuai oleh Puan Nor Azlin Binti Mat Nor memulakan Projek Face Shield Heroes ini untuk membantu barisan hadapan yang tidak cukup perisai muka di Hosital sekaligus dapat memudahkan barisan hadapan untuk memerangi rantaian covid -19.Alhamdulillah setakat ini kami telah menyiapkan dan menghantar sebanyak 10,637 unit perisai muka kepada 24lokasi saringan dan tempat-tempat rawatan covid-19.Kami juga merentas dua buah negeri iaitu pahang dan terengganu bagi membantu negeri-negeri tersebut melawan virus covid-19 juga.Projek ini dibuat khas untuk barisan hadapan seperti jururawat,doktor,tentera dan lain-lain untuk kegunaan merawat mangsa-mangsa covid-19 sekaligus memutuskan rantaian virus tersebut.Pembuatan Face Shields ini beroperasi disebuah rumah pemimpin kelana kami sendiri di kampung banggol ara.Dimana saya juga turut menyertai untuk membantu penghasilan perisai muka ini disitu.Segelintir daripada Pasukan kami juga ada yang  melakukan dan berkhidmat dirumah masing-masing.Tidak lupa juga ,saya dan Pasukan Pengakap Kelana B Blackflurry Pasir Mas bertungkus-lumus menggunakan media sosial untuk meminta sumbangan daripada rakyat Malaysia bagi membantu barisan hadapan yang kehabisan pakaian PPE dan kami membuat perisai muka ini secara DIY bagi meringankan beban frontliner di Malaysia .Kami juga bukan sahaja menerima sumbangan dari segi kewangan malah kami juga menerima sumbangan dari segi barang buatan perisai muka tersebut.Sebagai contoh,span plus simen,kertas cover bersaiz A4,penebuk lubang,tali cotton tape dan hot glue gun.Membuktikan lagi bahawa rakyat Malaysia yang prihatin kami mendapat sumbangan makanan sepanjang pembuatan perisai muka dijalankan.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
102
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Legacy BWF

Share via

Share