Congkak Sangat menyeronokkan.
Kumpulan 36 Rembau telah menganjurkan Pertandingan Congkak Peringkat Kumpulan, seramai 28 orang ahli Pengakap Kanak-kanak menyertai pertandingan tersebut yang dikelolakan sepenuhnya oleh 2 orang Ahli Pengakap Kanak-kanak yang telah dilantik serta seorang guru pemimpin pengakap sebagai penasihat. Pertandingan berlangsung selama 2 jam dengan setiap peserta perlu melalui 4 pusingan perlawanan. Pertandingan berjalan dengan ceria dan ahli-ahli pengakap berasa seronok. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Legong Ulu semasa perhimpunan sekolah.