Bumi Kenyalang Bumi Keamanan

Bumi Kenyalang Bumi Keamanan

Kursus koordinator MOP yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah pun Berjaya disempurnakan oleh pihak Koordinator Kebangsaan. Kursus ini telah dihadiri oleh 75 orang peserta yang terdiri daripada 61 orang pemimpin, penolong pemimpin daripada IPG Batu Lintang, Samarahan dan juga Miri, 5 orang wakil daripada Praja Muda Karana (PRAMUKA) serta 9 orang ahli kelana daripada daerah matang dan juga petra jaya. Selama 3 hari kami telah berkampung di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada bakal koordinator kerana terdapat beberapa pembaharuan khususnya di dalam sektor ‘sustainable development goals’ SDG’s. Pelbagai aktiviti serta latihan dijalankan antara praktikal yang menarik perhatian para pemimpin ialah permainan ‘networking’ permainan kiri kanan dan sebagainya.

Semoga MoP dapat didedahkan dengan lebih terperinci daripada koordinator-koordinator MoP Sarawak kepada anak-anak pengakap pada masa hadapan.

Mohd Shazulnizam Bin Faisal
Koordinator MoP 

Started Ended
Number of participants
80
Service hours
1440
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Youth Engagement
Youth Programme
SDGS

Share via

Share