Berkhidmat di Perkahwinan Ahli Pengakap C Pekan, Pahang
Pada 1 September 2019 hingga 2 September 2019, ahli pengakap KLKM DHU telah dipanggil untuk membantu dalam persiapan perkahwinan dan persandingan bagi ahli pengakap C Pekan. Majlis ini diadakan di Felda Chini, Pahang. Seramai 8 ahli KLKM DHU telah turun ke padang untuk membantu dari segi persiapan kenduri dan persandingan pengantin. Ahli KLKM DHU telah dipanggil untuk berarak bersama pengantin. Selain itu, terdapat juga acara silat dan kompang untuk memeriahkan majlis perkahwinan. Antara khidmat yang dijalankan adalah memasang banner , berkawad, mengarak pengantin, dan membantu membersihkan tempat majlis selepas majlis berakhir.