BERKHIDMAT DI MAJLIS PERKAHWINAN AHLI PENGAKAP KELANA
Pada 31 Ogos sehingga 2 September 2019, seramai 7 orang pengakap Kelana C Pekan dan seorang pengakap Kelana G (Udara) telah hadir untuk membuat persediaan dan memberi khidmat dalam menjayakan majlis perkahwinan salah seorang ahli pengakap kelana iaitu Maslini binti Hamid dan pasangannya di No 307, Blok 5, Felda Chini 4, 26690, Chini, Pahang. Turut dimeriahkan oleh tetamu jemputan seramai 400 orang di majlis tersebut.
Antara khidmat yang diberikan sepanjang 2 hari majlis tersebut adalah membantu memasang dan mengikat tali banner berhampiran kawasan rumah, menjadi pengapit kepada pengantin lelaki dan perempuan, mengiringi pengantin dengan kawad perlahan ke perkarangan rumah serta membantu mengemas dan membersihkan persekitaran kawasan selepas majlis tamat.