Berkhemah bersama si Nopal di Taman Pertanian Sekayu
Pada 11 April 2019,SMK Seri Payong telah menganjurkan perkhemahan perdana unit beruniform yang terdiri daripada pasukan Pengakap Troop 40,pasukan kadet polis,kadet pertahanan awam,kadet bomba, kadet remaja sekolah, persatuan bulan sabit merah,pandu puteri dan Puteri Islam.
Perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari dua malam.
Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahannya ini.Pasukan Pengakap Troop 40 telah berjaya mendapatkan tempat 3 terbaik dalam aktiviti kawad kaki, keceriaan khemah dan juga persembahan malam kebudayaan terbaik.
Justeru itu, penyertaan pasukan Pengakap di dalam perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah sangat wajar disertai oleh ahli pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan pengakap remaja.