BERKAMPUNG ILMU SWA DISCOVERY DI ZON UTARA
Selesai sudah berkampung di negeri orang selama 3 hari 2 malam demi menuntut ilmu 'SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY' yang disertai oleh 91 orang peserta dari pelbagai negeri di Malaysia. Pogram ini dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Sultan Ahmad Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman pada tanggal 13 Julai 2018 hingga 15 Julai 2018. Kami mewakili negeri Perlis iaitu seramai 5 orang termasuk saya bagi menyertai program ini . Program ini dianjurkan oleh PPM Negeri Kedah yang bekerjasama dengan koordinator Messenger Of Peace(MOP). Kami didedahkan dengan pelbagai ilmu SWA Discovery di mana United Nation berusaha menjadikan sesuatu negara itu maju.Di samping itu , kami juga diberi tunjuk ajar dalam merangka sesuatu program atau projek daripada peringkat awal sehingga program itu berjaya dilaksanakan.Tambahan pula, kami turut didedahkan secra terperinci tentang "WORLD SCOUT PROGRAMMES" terutama 17 elemen utama dalam 'SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS(SDG)'.Koordinator Messenger Of Peace yang mencurahkan semua ilmu tentang SWA Discovery supaya kami boleh mengenalpasti serta dapat melaksanakan tugasan dalam SWAD bagi mendapatkan lencana SWA Discovery bagi kami yang bergelar sebagai seorang kelana.Kami didedahkan secara teori dan praktikal selama berkampung di IPSAH, Kedah.