Berakhirnya Kursus Manikayu Peringkat 3B 2017
Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3B (Unit Pengakap Muda ) kali ini diadakan di SMK Seri Mahkota,Umbai Melaka bermula pada 27 Oktober hingga 30 Oktober 2017 selama 4 hari 3 malam. Peserta kursus kali ini seramai 23 orang dibantu oleh Jurulatih ,Pen,Jurulatih dan Urusetia seramai 10 orang. Sepanjang aktiviti kursus ini dijalankan seperti membuat gajet ditapak perkhemahan, pembentangan projek & ilmu kepengakapan, pengembaraan 12km,taklimat MoP, kawad kaki & malam pengakap. Majlis Penutupan & penyampaian sijil ini disempurnakan oleh Tuan Hj.Semail Bahari selaku Pengerusi Latihan PPM Negeri Melaka. Tahniah semua peserta.