Bengkel MoP Kumpulan Pengakap SKTJJ3 Siri 1 dan Perjumpaan Mingguan
Satu taklimat berkaitan dengan Messengers of Peace (MoP) telah diberikan oleh salah seorang Koordinator MoP Daerah Pasir Gudang (En. Mohd Fadzli Bin Khamis) kepada 22 orang ahli PKK dan 2 orang Pemimpin Pengakap SK Taman Johor Jaya 3. Taklimat ini bermula pada Jam 11:40 Tengahari dan tamat pada Jam 1:40 Petang (2 Jam). Ianya bertujuan untuk memberi sedikit maklumat berkaitan dengan MoP, kepentingan dan kelebihannya kepada semua. Selain taklimat MoP, murid-murid juga didedahkan dengan sedikit pengetahuan tentang kepengakapan dan sahabat Koro.