Barakahnya Ramadhan Indahnya Syawal 2016
Anjuran bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan Kelab Radio Amator Negeri Sembilan. Program menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan bantuan sempena Syawal yang bakal menjelang. Barang-barang yang disumbangkan oleh para dermawan berupa barangan dapur dan kuih-muih hari raya. Barangan disampaikan kepada 18 keluarga di sekitar Linggi dan Kuala Pilah.