BANTU MULA _ ILMU DI KALA KECEMASAN
Program : bantu mula
Tarikh : 14 hingga 15 April 2017
Tempat : Universiti Malaysia Terengganu
Program yang dianjurkan oleh pihak K.L.K.M UMT ini telah disertai oleh UNISZA dan UIAM serta dari pihak UMT sendiri. Ini bagi memenuhi syarat untuk ke BP Award. Program ini telah bekerjasama dengan pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM)program yang dianjurkan oleh pihak K.L.K.M UMT ini telah disertai oleh UNISZA dan UIAM serta dari pihak UMT sendiri. Ini bagi memenuhi syarat untuk ke BP Award. Program ini telah bekerjasama dengan pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Antara pengisian sepanjang berlangsungnya program ini adalah asas melawan kebakaran ( cara-cara memadamkan kebakaran, jenis pemadam api, punca-punca kebakaran dan sebagainya ), disusuli dengan amali memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api, air dan juga kain basah, asas pertolongan cemas ( definisi dan jenis-jenis luka, jenis dan cara anduhan dan balutan, dan sebagainya serta amali asas pertolonngan cemas ), teori dan amali ikatan dan simpulan, dan juga teori menyelimut usungan beserta demostrasi bagaimana ianya dilakukan serta amali.