Angin kedamaian menyapa pulau mutiara laut china selatan

Angin kedamaian menyapa pulau mutiara laut china selatan

Kursus messenger of peace telah berjaya melebarkan sayapnya ke pulau mutiara laut china selatan bertempat di sekolah antarabangsa labuan (LIS)pada 28-29 April 2018.kursus ini diketuai oleh penolong ketua pesuruhjaya pengakap Negara Dr.Amir Hamzah Aman dan dibantu oleh encik Adha Fikris dan cik Yee Ting.kursus yg disertai oleh 27 pemimpin pengakap sekitar labuan terdiri daripada kalangan pentadbir sekolah,guru,anggota keselamatan awam,akauntan dan pekerja swasta.kursus yang dijalankan menerapkan peranan dan tanggungjawab seorang coordinator MOP didalam membantu menjalankan aktiviti dan seterusnya berkongsi setiap aktiviti mereka jalankan untuk menjadi tatapan dan rujukan ahli pengakap lain-lain tempat selaku agen keamanan melalui aktiviti kepengakapan.Diantara pengisian kursus ini adalah ice breaking,pendaftaran keahlian dalam scout.org,panduan pengisian didalam bahagian mop mengikut peringkat aktiviti,membuat kertas kerja,permainan pengakap dan tarian MOP Malaysia yang berjaya menarik minat semua pemimpin untuk mempelajarinya.majlis penutupan kursus ini disempurnakan oleh Yang Hormat Dato Sri Alias bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Pengakap Labuan.Dengan berakhirnya kursus MOP ini,pemimpin yang telah berjaya menjadi coordinator MOP akan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari untuk dikongsikan dengan ahli-ahli pengakap yang lainnya.
Started Ended
Number of participants
27
Service hours
324
Location
Indonesia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share