Amankan JAWI
Menghadiri kursus koordinator Messengers of Peace(MoP) kebangsaan, zon utara di Kompleks Rakan Muda Seberang Perai Selatan, Sg Jawi. Kursus ini diadakan selama 3H2M. Seramai 40 individu menyertai kursus ini yang terdiri daripada 29 peserta dan 11 petugas.
Setiap peserta didedahkan mengenai apa itu MoP dan aktiviti yang boleh dijalankan untuk meningkatkan lagi minat orang ramai, khususnya pengakap, terhadap MoP. Antara aktiviti yang dijalankan pemecahan ais(suai kenal), permainan bercerita menggunakan imej yang tertera pada dadu, tarian MoP dan asas melaksanakan program yang berteraskan keamanan sejagat.
Semua peserta amat gembira disamping menimba ilmu baru yang khususnya mengenai MoP
Sekian, terima kasih.