6 HOURS OF COMMUNITY SERVICE  - BADEN POWELL AWARD 2016

6 HOURS OF COMMUNITY SERVICE - BADEN POWELL AWARD 2016

Program Bantuan Barangan Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan 2015

Tarikh : 10 Januari 2015

Tempat : Bandar Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

 

            Semasa program bantuan barangan untuk mangsa banjir di Kelantan berjalan, kami juga diberi tugasan untuk memindahkan keseluruhan barangan tersebut daripada lori panjang ke dalam stor. Di stor tersebut,  kami diberi satu tugasan lagi untuk membersihkan barangan dan juga kawasan di sekitar stor bagi memastikan kebersihan dan kualiti barangan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan terjamin. Kemudian kami juga perlu membersihkan permukaan lantai diatas lori barangan tersebut secara berkumpulan.

            Kami diberi sedikit taklimat berkenaan dengan tugasan yang perlu kami lakukan. Seterusnya, membahagikan tugasan masing-masing. Ada antara kami yang menyapu sampah di halaman stor, menyusun barang di dalam stor, dan mencuci barangan tersebut yang telah diangkut daripada lori.

            Selesai membersihkan kawasan stor tersebut, kami meneruskan perjalanan untuk ke tapak perkhemahan Kem Perdana (Lencana Keahlian & Kemahiran) di Kem Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort, Selangor.

 

Rajah 1 : Aktiviti Memindahkan Barangan Daripada Lori Panjang

 

Rajah 2 : Aktiviti Menyusun Dan Membersihkan Barangan Bantuan Mangsa Banjir Untuk Dihantar Ke Negeri Kelantan

Number of participants
10
Service hours
60
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share