3H2M di Kampung Orang Asli PETA, Johor

3H2M di Kampung Orang Asli PETA, Johor

Setelah segala kelengkapan dan peralatan telahpun kami sediakan, kami berangkat ke destinasi terakhir kami iaitu Kampung Orang Asli Peta, Johor untuk melaksanakan projek kami yang sebenar. kami bertolak dari UMT pada hari Khamis pukul 10malam dengan menaiki satu van dan satu jeep untuk mengangkut segala peralatan kami semasa berada di sana. setelah sampai di sana keesokkan tengahari, kami yang mempunyai dua team iaitu ARISING TURTLES dan AWAKEN TURTLES telah berpecah dan menggali lubang-lubang ditempat yang telah ditentukan semasa lawatan pada sebelum ini. kami semua menggali lubang di sepanjang jalan memasuki kampung tersebut dan meletakkan solar panel pada pokok di kawasan jeti kampung tersebut. hal iini kerana jeti adalah tempat yang paling gelap di kampung tersebut kerana kedudukan jeti yang berada di bahagian hadapan kampung yang tidak mempunyai sumber cahaya lampu jalan. selain itu, kami juga meletakkan lampu di dalam tandas yang terletak di jeti tersebut. pada keesokkan paginya, kami memulakan kerja seawal pukul 7 pagi kerana bilangan lampu yang banyak dan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kami melengah-lengahkan waktu kerja. kesemua ahli kumpulan kami sangat komited dalam menyiapkan tugasan masing-masing dan kerja dapat dihabiskan dengan jayanya. akhirnya, pemuda yang tinggal di kampung tersebut, Jai datang ke tempat kami dan berterima kasih kepada kami atas kesudian kami melakukan projek ini di kampungnya.
Started Ended
Number of participants
12
Service hours
108
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share